Bacalah dengan nama Tuhanmu..sejauh mana seseorang itu mengenali Allah..sejauh itu Allah mencintaimu

Tuesday, February 26, 2013

Bagaimana nak bezakan CINTA?

Twink2! Kali nie nak kongsi tips mengenai cara nak membezakan Cinta. Let we go ^^ :

1)Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA.Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

2)Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

3)Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

4)Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

5)Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

6)Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

7)Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

8)Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

**Tetapi Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

**Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

**Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

**Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

**Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.

**Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!


P/s : aku mencintai dirimu bukan siapanya DIRIMU, tapi siapa AKU bila bersamu! :’)

Friday, February 8, 2013

Istikarah Cintaku.....



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
 
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
 
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

~Mohd. Rozain Bin Jainudin~


Friday, February 1, 2013

Si Dia Yang Cool :)

Bismillahirrahmannirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sya ingin memulakan coretan sya buat kali pertama setelah sekian lama berdiam diri. Merindui tatkala masa menulis dulu =)

Sekarang dah mula musim Practikal kat KKTS,KK. Yelah nak jadi Engineer kenalah ada diploma yang lengkap. Hihi. Memang pada mulanya situasi sedikit agak kucar kacir..tapi hati kena kuat kalau nak terus bertahan.

Pertama kali menjejakkan kaki ke KKTS memang kena lalui pelbagai prosidur. Dari melapor diri sehingga la ke sesi suai kenal bersama staf2 syarikat. Permulaan perkenalan dengan si Dia sebenarnya agak singkat dan terlalu simple, tapi ada perasaan ingin tahu yang terlalu kuat kat diri dia. Sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata (Dupp..Dapp..Dupp..Dapp).

Dia terlalu senyap dan “cool”. Mungkin itu yang membuatkan hati ini ingin mengenalnya dengan lebih dekat =)

Tuesday, October 30, 2012

First Love ( A Little Thing Called Love)

Kali nie nak Share pasal 1 Filem yang superb best! Kali nie dha masuk 5 kali tengok movie nie..and the feels still same..tetap menyentuh hati dan perasaan. Kisah percintaan yang agak "complicated" sebab masing-masing memendam perasaan yang sama selama bertahun-tahun. 



Yang nie adalah NAM..seorang gadis sekolah yang biasa. Wajahnya tidak sebegitu rupawan dan tahap kecerdasanya juga..hmm..boleh la dikatakan teruk =P Dari segi pemakaian dan juga pengetahuanya mengenai fesyen adalah ketinggalan sama sekali. Tetapi, Nam mempunyai kawan yang sentiasa bersamanya tidak kira susah atau senang.

Nie la kawan2 Nam..Bestfren Forever :)

Nam meminati seorang lelaki yang merupakan seniornya di sekolah iaitu Shone. Dengan bantuan kawan-kawannya serta Buku yang dipercayai boleh membantu mereka, Nam semakin berubah kelihatan lebih cantik dan menawan. Namun, kini sasaran mereka telah salah. Bukan Shone yang jatuh cinta padanya. Tetapi kawan kepada Shone iaitu Top. Sehingga 1hari, Nam telah di"purpose" oleh Top untuk menjadikan Nam kekasih hatinya namun Nam masih belum memberikan apa-apa jawapan. Even,Top tetap menganggap bahawa mereka suda menjadi sepasang kekasih pada saat itu. Hari yang dinanti-nanti telah tiba, kini Nam dan pelajar-pelajar yang lain telah tamat sesi persekolahan mereka dan ketika itulah merupakan saat yang sesuai bagi Nam untuk meluahkan perasaan cinta yang dipendammya bertahun-tahun terhadap Shone. Nam telah meluahkan perasaannya tepat di tepi kolam renang dan ketika itu Shone bersendirian. Dalam keadaan suara yang tersekat-sekat, Nam berjaya meluahkan semua isi hatinya terhadap Shone. Langit tidak semestinya cerah, harapan Nam untuk dibalas cintanya punah begitu sahaja apabila dia ternampak ada tertulis " Pin Cinta Shone" di atas baju sekolah shone lalu menyangkakan Shone telah menjadi milik perempuan lain. Tanpa penjelasan apa-apa, Nam pergi meninggalkan Shone dengan perasaan yang hancur.


Top; Merupakan teman baik Shone sejak kecil 

Adegan yang sangat mengharukan

ketika ini Nam tinggalkan Shone tanpa sebarang penjelasan yang pasti

Hancur, punah serta kecewa...itulah dirasakan oleh Nam ketika dia dalam bersendirian. Namun,hakikatnya..perasaan itu juga dirasakan oleh Shone tanpa diketahui oleh sesiapa. Ya,memang benar..sebenarnya Shone juga telah lama memendam perasaan terhadap Nam. Dalam diam-diam, dia telah mencintai Nam sekian lamanya sehingga dia telah mengumpul gambar-gambar Nam dan meluahkan perasaannya di dalam sebuah diari. Dia begitu kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu ungkapkan perasaanya terhadap Nam. Semua ini dia lakukan kerna janji dan pengorbanannya kepada seseorang.

Shone dengan cintanya yang terpendam

Tidak pernah lepas untuk mengambil gambar Nam

" i also want have a piggyback for you"-  Shone

Masing-masing dengan perasaan cinta yang terpendam

Shone hanya inginkan yang terbaik untuk Nam.

P/s : Filem nie banyak memberikan pengajaran dan juga jalan ceritanya yang begitu dekat dengan cerita hidup saya. Sesiapa yang minat terhadap filem yang penuh dengan drama, cinta dan juga kehidupan.YOU BETTER OUT and WATCH IT! :D


Nie link bagi OST First Love . ENJOY! :D (http://youtu.be/91jRApNton0)


Wednesday, July 25, 2012

Hobi baru c icha ! Akhirnya....

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! :D Aihhh..lamanya dah tak update blog. Yelah dah masuk sem baru,mesti la sibuk nak kesana sini. Plus,Dah lama dah tak online :) Update kali ini nak story sikit pasal hobi baru yang me rasa first time laa dekat dekat dengan jiwa me iaitu "FOTOGRAFI".

Nak criter pasal fotografi nie,zaman sekarang dah memang bertimbun dah orang memiliki kamera DSLR nie. Mungkin disebabkan oleh harga-harga pasaran kamera DSLR nie dah berpatutan dan boleh dimiliki oleh sesiapa. Honestly, me belum pun memiliki kamera jenis DSLR nie.(pelik juga orang minat fotografi takde DSLR kan? :P) Tapi yelah, orang kata kalo kita minat akan sesuatu,takkan ada batasannya. 

Bermulanya kisah keminatan me dalam bidang ni sejak me ada 1 jenis software editing yang canggih tetapi mudah untuk digunakan ( bukan photoshop). Maaflah, nama software tu terpaksa me rahsiakan atas permintaan kawan me ( si pembekal software tu) yang me boleh share kat korang adalah asal sotware tu asalnya dari China. Memang best giler la software tu sebab fungsi2nya hampir menandingi Adobe Photoshop taw ! 

Lebih kurang setahun la me berjinak-jinak dengan software tu, me berjinak-jinak pula dengan kamera DSLR. Tapi,kamera tu bukanlah kamera milik me..Kamera tu milik kawan me. Syukur Alhamdulilah sebab me ada Family RP yang selalu rasa murah hati untuk meminjamkan kameranya kat me. Me rasa bertuah sekali ! Mulanya memang agak kekok untuk menggunakan kamera tu. Yelah,budak baru belajar manalah tau apa-apa kan. Yang me tau cuma halakan lens dan "klik". Haha ! :D Setakat nie Kamera yang pernah me guna ialah Kamera Nikon D3100,Canon EOS,Nikon D3000 dan Canon 1100D. Thanks to Mr.Asmar,Kak Des,Kak Pija Meaw dan Mr.Fazree for lending me their DSLR. Thanks so much !

Lama kelamaan,me pun mula selesa dengan Kamera DSLR ni. Kadang-kadang tu berniat dan berangan jugalah nak beli sebiji. Tapi, me kena fikir bukan ratus kali tapi berjuta-juta kali sebab nanti me takut me menyesal. Yelah,me kan masih belajar dan dalam Semester akhir dah. Nak pakai bajet banyak untuk Final projek me nanti. Me rasa mungkin belum tiba masanya me untuk beli kamera DSLR ni dulu. Keep the best behind~ :) Biarlah setakat nie me cuma megaplikaikan hobi dan bakat me dalam editing jer dulu.

Apapun,me tetap terus berminat dalam bidang fotografi ini. Banyak hikmah yang me dapat melalui bidang nie. Me dapat kenal ramai kawan baru,dapat kenal ramai model-model yang cantik dan hensome,dan yang paling penting me dapat banyak ilmu dalam bidang fotografi nie. Alhamdulilah~ <3

#1- Cik Nurul Suhanas
at Perpustakaan Shah Alam.

#2 - Cik Azizah.
(Editing versi Novel cinta)

#3 - Me and Vidline My Bestie.
at Pantai Tanjung Aru 1.

#4 - Cik Norhafizan @ Langga.
(Si Gadis Buku)

#5 - My Cat ; Grey.
(Kucing me yang suka fotoshoot)

#6 - En.Abdul Hayul & Syarin

#7 - Mr.Robinhood @ Zulfiqal.

#8 - My Deaf friend ; Thiam :)

#9 - adik angkat me ; John Alex
at Pulau Mamutik,Sabah.

#10- adik angkat me : Mohd.Azmi


#13 - My Beloved Sis - Cik. Rafizah
Model of the Year.

#14 - Family Rp yang disayangi.

#15 - Mohd. Nazirul

#16 - Sukardi Fahami.


*Sedikit sebanyak perkongsian hasil dari karya me*
 

Thursday, May 31, 2012

Ya Allah Aku Jatuh Cinta... ^_-

     "Ya Allah,Aku Jatuh Cinta!" ; sebuah buku yang sangat awesome. Bagi sesiapa yang mula merasakan cinta nahhh buku ini memang sesuai dibaca untuk anda :D hahaha(macam promoter pula kan =P). Tapi,secara seriusnya...buku ni memang terbaik dalam CINTA..yelah..supaya cinta tidak disalahertikan. 


1)- Bagi yang masih BUJANG :
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin ia dikejar,makin ianya lari. Tapi bila ia dibiarkan terbang,ianya akan datang menghampiri tanpa diduga waktunya. Cinta sangat membahagiakan tapi sering menyakiti. Maka,berilah hatimu kepada yang layak memiliki. Dont too rush..pilihlah yang terbaik.

2)- Bagi yang RAGU-RAGU dengan perkahwinan :
Cinta bukan bleh menjadikan seseorng tue sempurna tapi ianya dapat membantu menemukan seseorng yg dapat menyempurnakan diri.

3)- Bagi yang PATAH HATI : 
SAkit patah hati akan bertahan selama anda menginginkannya dan akan terus meghiris luka dihati sedalam mana anda biarkannya. Berusaha untuk melawan patah hati tu bukanlah cara yang terbaik..jadikanlah apa yang berlaku sebagai suatu pengajaran dan belajar untuk menerima dan memaafkan.Ingat! semua yang berlaku pasti ada hikmahnya :)

4)- Bagi yang BELUM pernah jatuh cinta :
Hmm..macamna la rasanya jatuh cinta? Tengok orang sekeliling ada yang bahagia dan ada yang gagal dalam percintaan. Tapi sampai bila asyik nak tengok dan dengar cerita orang jer. Gagal adalah perkataan yang sangat sinonim dan lumrah dalam percintaan. Takut sampai tidak berani untuk mencuba. (We learnt from mistakes,right?) Plus,bersedialah untuk terluka dan menderita...and insyaAllah kebahagiaan akan muncul disebalik penderitaan yang berlaku...

5)- Bagi yang ingin MENGUASAI :
Queen/King control?? wahai si suka meng-control,masih ada banyak masa dan peluang untuk anda berubah. Memang benar..tiada siapa yang mahu cinta dan perhatian sidia kepada anda dikongsi dengan sesiapa dan anda ingin sentiasa dekat dengan dia. Namun,dia juga perlukan ruang untuk hidupnya sendiri. Jangan sampai sidia menjadi bosan dan lama-kelamaan cintanya menjadi pudar pula...

6)- Bagi yang takut MENGAKUI :
Cinta terasa sakit apabila seseorang memutuskan hubungan dengan anda dan begitu juga sebaliknya. Namun,ternyata ia lebih terasa sakit apabila orang yang anda cintai sama sekali tidak mengetahui perasaan anda terhadapnya. Please dont torture your feeling. Cinta bukan untuk disimpan tapi ianya untuk dirasai bersama orang yang anda cintai :')

7)- Bagi yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI :
Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila anda bertemu seseorang lalu jatuh cinta,dan kemudian menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu. Walhal,anda sudah mensia-siakan bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sudah sekrang dia tak layak,maka 10 tahun akan datang pun tetap tak layak. So,just forget him ! memang sukar,tetapi tidak mustahil kan? :)

8)- Bagi si PLAYBOY/PLAYGIRL :
Jangan sesekali katakan "I LOVE YOU" bila anda benar-benar tidak peduli. Jangan ungkapkan tentang perasaan bila perasaan itu langsung tiada. Jangan anda menyentuh hidup seseorang jika berniat untuk meninggalkan luka yang dalam. Sebenarnya,perkara yang paling kejam adalah membuat seseorang jatuh cinta,padahal anda tidak berniat pun untuk menerimanya saat dia terjatuh. Renung-renungkan lah! :)


** Credit to miss Lavender(ShiQien) coz pinjamkan buku ni..Like it so much ! Thnx :D **




Wednesday, May 9, 2012

Once Upon a Time _ Sains Tulen :)

2009-2012..Pejam celik,pejam celik aikk ?? hampir 3tahun suda meninggalkan zaman sekolah menengah..Hahaha..terasa sangat "senior"..yelah..umor dha meningkat tapi perangai masih bebudak 
( its more to me laa..hikhikhik XD).

Kali ini me nak story sikit about my life time skolah menengah. Hmmm..Sound very "old style" but ianya memang memberi kesan atau impak yang mendalam dalam hidup me.
( ayat skema ) hehehe..

Time skolah menengah dulu..i have such a great time everyday..going to school with a great Van-mate, at school i have a great classmate and teachers..everthing just "Great" ! Oh dun forget to my Best pals theres..Valerie, Fay, Yvionna and.......hmmm Noorsyakirah :D hahhaa..i still remember of all the moment we through together from form 1 until 5~ >.<"

My opinion for my class ( 1-5 Sains Tulen )..hmm..yaaa kelas yang paling depan la org kata..first jak dengar nama kelas "SAINS TULEN" tuh dulu...whoaaa..hebat tuuuu..kelas paling depan tuuu..kelas untuk orrang pandai2 tuuu...hhaha hakikatnya skolah kami just ada 3 buah kelas jak for 1 tingkatan..hehehe..tapi yang specialnya pasal kelas kami nie ialah kelas nama jak sains tulen tapi yang paling "ROCK" pun kelas kami juga..hehehe..

Yelaa..time tingkatan 1..me masih ingat time tue pengetua kami masih lagi Madam Lim Lai Hong..Kelas kami juga la paling bising..selalu kena Boomm cikgu2..nama jak kelas pandai 
( kunun :P ) tapi paling nakal la orang bilang~
Credit to Mr.Emong coz bagi gelaran "kelas paling JAJAL" to us :D

Nak dipendekkan cerita la kan, my class is special n unique..is all becoz of my classmate also 
SPECIAL + UNIQUE = BEST !
hehehe..walaupun jumlah kami sedikit jak( jumlah terakhr time form 5 28org) tapi kami masing-masing ada sinar ( spark ) dalam diri masing-masing. All of us give our own story..we started from 30person and end with 28 person with new list of student..i still remember..Valerie,Edora ain,Joy and syakirah..student yg baru masuk di sekitar form 2-4 kalo tidak silap..sesiapa yang me terlepas nama dia tue im sorry la k..otak dha berkarat hehehe :)

Last but not least, i wanna say that i miss all of my frens or enemy(kalau ada la ) at SMSP. im sorry coz i couldnt make a great memory for you all sepanjang me kat SMSP. Maybe,at the class..im the one who didnt sparkle my SPARK..huhuhu..im to timid at that time and too shy of you all( my classmate) and sorry also for all what ive done before..tak kira la salah ka tidak salah ka..im sooo sory..yelaa sblm ni tak sempat nak say apa2 to you all kan and I know the time cant turn back to correct all the mistakes..=.="

Time selongkar-selongkar barang tadi..tetiba terjumpa pla CD video yang c Fiona, Oneil n c noi buat..hahaha..Vdeo yang penuh bermakna..Thankx guys..What a great job! Thumb up! v^^v Tapi very sad me cant share it today :( But promise it will publish as soon as possible..Berharap line BB nie tak buat hal la~ eheks XP.. Okey need to go now..see you all soon..XOXO :D