Bacalah dengan nama Tuhanmu..sejauh mana seseorang itu mengenali Allah..sejauh itu Allah mencintaimu

Monday, December 26, 2011

+++ AZAM BARU +++

      Tinggal beberapa hari lagi nak New Year dah. Tapi satu ape pun belum ready lagi especially azam yang memang WAJIB buat every year. Yelah nak improvise diri kena la ada azam baru :) Hari ini,bukak je mata memang kuar dah idea-idea bernas untuk azam tahun depan. siap dah buat List lagi hehe. Antaranya ::

1. Nak ubah perangai buruk -

 Everyone of course la ada perangai buruk masing-masing. Perangai buruk saya dari dulu sampai sekarang ialah M.A.L.A.S ! haa..ni la "penyakit" memang susah nak buang. Malas mengemas,malas buat asignment,and macam-macam lagi. Next Year kena ubah dah semua tu. Huhu. Kerja yang diberi pun tak leh nak tangguh-tangguh. Merana la jawabnya.

2. Serius dalam sesuatu -

Dalam hal yang satu ni memang saya tak nafikan bahawasanya saya ni memang jenis yang kuat main. Umur dah masuk 20 tahun tapi suka main-main macam bebudak umur 5 tahun. Kadang-kadang main tu memang perlu tapi kena tengok tempat dan keadaan. Dalam kerja,pelajaran mahupun percintaan. Kena matang dah fikiran tu.

3. SHAPE-kan body -

Yang ini memang azam turun temurunlah sebab setiap tahun pun berazam benda yang sama gak. "Nak kurusa lagi la tahun depan ! ". Haaa ni jer ayat saya tiap tahun,tapi tak gak kurus-kurus. Makin mengembang adalah. Haha Maklumlah kalau dah cuti semester ni confirm takdekerja lain asyik makan tido jer. Apa taknye mengembang ! =P

4. Nak menghabiskan masa untuk RP -

Semester sebelum ni saya perasan la jugak yang saya kurang sedikit bersama family kedua saya iaitu RP. Yelah kebanyakkan masa saya habiskan bersama family ketiga saya jer iaitu budak-budak kelasmate saya. Mungkin saya dah semakin rapat dengan bebudak kelas saya tulah kalau boleh taknak berenggang dah. Tapi saya dah berazam mulai semester depan saya nak rapat balik dengan RP dan luangkan masa seculupnya dengan diorang semua.

5. Nak dapatkan pointer 3.5 keatas -

Pointer sebelum ni bukannya tak ok tapi memang tiap kali bertukar semester baru saya memang impikan dapat pointer lebih tinggi. Kalau bole memang nak dapatkan 4flat. InsyaAllah. So untuk mendapatkan pointer yang saya impi-impikan tu saya kenalah berusaha lebih. Nak study group lebih dan ulangkaji lebih. Corak pembelajaran pun nak tukar dah semester baru nanti.

6. Love is Cinta -

Haa..part ni memang lah tak penting sangat pun kira extra bagi tahun yang mana umur saya melangkau ke 20. Saya nak dapatkan cinta seseorang. InsyaAllah,Dia akan temukan saya dengan seorang yang baik dan dapat menjaga serta menjadi imam yang baik kepada saya dan keluarga saya kelak :)

7. Allah yang satu -

Last but not least,saya juga nak mempertingkatkan amal dan ibadah saya tahun depan. Nak steady dalam memenuhi 5 waktu solat. Nak jaga lidah,jaga pergaulan,perbanyak mendengar dan baca ayat-ayat suci al-Quran serta banyakkan berzikir ^^. Semoga dipermudahkan Allah. Aminnn...


P/S : Biar apapun azam dan impian kita hari ini. Ianya pasti akan mengubah hidup kita akan datang. Azam yang dimulai dengan Bismillah,diiringi dengan doa dan diakhiri dengan Alhamdulilah adalah azam yang penuh berkat dan nikmat. Yang penting NAWAITU kita kena betul dan ikhlas kerana jika kita ikhlas dengan sesuatu,Allah pasti akan terima...InsyaAllah~~~

Monday, December 12, 2011

Beza antara SUKA,SAYANG & CINTA~~~

SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu 
sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "



SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."



Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."



Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus..



SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.



SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.




**************

Sunday, December 11, 2011

My Dream eps 2





APPLE MACBOOK PRO !

Ahaaaaa....meleleh air liur tengok gadget dari keluaran Apple ni. Nie lah salah satu iPad yang paling saya idam-idamkan selama ini.

Sebenarnya saya memang suka gadget-gadget keluaran Apple. Tidak kira apa pun termasuklah laptop,notebook,MP3,MP5 mahupun iPad..saya tetap akan admire habis-habisan. Bukan apa,Jenama Apple ni merupakan salah satu jenama yang eksklusif dan sofwarenya yang canggih lagi bergaya. Sangat menepati citarasa saya ! :)

Inilah salah satu yang saya akan miliki suatu hari nanti. Barangan Apple pasti akan menjadi salah satu koleksi saya. Bak kata orang dulu-dulu,berakit-rakit ke hulu berenang-renang di tepian. So,mesti mahu add effort untuk mendapatkannya. GAMBATE ! ^^

My Dream eps 1


MINI COOPER !

OMGGGG!!!!!!~~~~ dengar ja nama mini cooper ni macam nak giler rasanya. Memang la 'dia' ni bukan artis sampai nak tergila-gilakan macam tu,tapi ini la satu-satunya 'artis' bagi saya yang dapat buat saya exited nak giler..hehehe...

Kereta nie biarpun kecil @ mini tapi gaya yang ia miliki tidak dapat ditandingi oleh kereta-kereta yang berganda besarnya plus harganya pun ehem...BERGANDA juga :P

Walaupapun,kereta ini akan jadi inspirasi saya untuk mendapatkanya suatu hari nanti. Lambat atau cepat ,kereta mini cooper ini pasti akan saya miliki untuk dijadikan koleksi. Sebiji macam dalam gambar kat atas tu. So mesti tambahkan usaha from today..Chiayoo2 ! ^^V


Saturday, December 10, 2011

TAHu KAH ANDA ??

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.


 

Monday, November 21, 2011

photograper junior :: hobi baru...

Dari dulu minat dalam bidang fotografi ni...suka snap2 org jer coz sblm ni mmg x ska kna gambr n posing2..so dapt ambik gambr n posing org pun jadi la :P


apa pun..ni lah hasil karya saya..


(1)



(2)



(3)



(4)



dan yang paling sya suka ialah gambar nie :::

TADAAAAaaa...



insyallah pasni akan mengembangkan lagi minat terhadap fotografi ni..
SUPPORT + EFFORT = SUCCESS ! :)


Thursday, October 20, 2011

my love is here !!!


~DKA 3B~

Alvin ::: Matured.
Apis :::  talented.
Sharin:: Cool guy.
Wafie :: Sometimes he willl be come "crazy" !
Adabi :: Silent killer.
Azlan ::  Faithfull with his love 
YuZZ :: strange but special.
Faisal :: Sweet boy ! :)
Rendy :: hahahaahhaha !! :D
Hayul ::: photo guy 
Azrin ::  Nice n mystery..
Najuan::Cute N sporting
Fikal ::  Befday boy..
Jivin ::   never espected guy
Dyg ::   Humble girl
Fazlil ::  shhhhhhhh......
Izan  ::  Drift is superb ! :P
Donnie: our mr.Charm.
Ell :::    Miss CooL ever...
Sako :: Friendly honey
May ::  quiet more save..
Aleng :: giler2 girl <3
Sheirly :: small but danger !
BBie :::  llove to laugh.
Linie :::  hey do you know maths ??
Salasiah :: do not judge me!
Anis :: gorgeous girl..
Baby :: why man like me....

i have one more big family :) miss this moment~~ i wuv you all <3 <3


Monday, October 10, 2011

Lantera SKSK Me


LANTERA AIDILFITRI & SKSK 2011 with my family RP :)
time ni sy da terlibat dalam TEATER MUSIKAL..dan sy dapat watak yg totally sy ANTI !!!  : watak mama2!!!!! huhhuuhu tgk la ni.... T.T




sedeh!!! huhhhuhu...tp xpa yg penting sy dapat pengalaman yg baru.. :)



i will miss this moment :) byk kenangan yg tercipta...and..
THANKS PAPA IZZ ..
for the precious present <3