Bacalah dengan nama Tuhanmu..sejauh mana seseorang itu mengenali Allah..sejauh itu Allah mencintaimu

Wednesday, March 27, 2013

Cara untuk Mengatasi PRESSURE

Tips bagi mengatasi tekanan perasaan

Tips mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi tekanan dengan bijak :

1. Bawa-bawalah bertenang
Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang apabila dia marah, sedih dan sebagainya, pernahkah kita terfikir untuk mengajak atau mengajar cara-cara untuk memenangkan diri? Apa yang selalu saya praktikkan bila saya mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas dalam-dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar 7-9 saat. Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan nafas, sebutkan “astagfirullah hal ‘aziim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaik” dan tumpukan fikiran yang anda sedang memohon ampun daripada Allah. Insya Allah, biasanya jika diulang sebanyak 7 kali, anda akan kembali tenang.

2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab.
Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada buku-buku ilmiah yang lain seperti buku-buku berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai orang rekomen baca buku “Jangan Bersedih”,
Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.

4. Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain.” Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

5. Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita dituntut membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

6. Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

7. Bersangka baik dengan Allah SWT
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

8. Mengurus masa dengan baik
Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terselalu membuat kerja lebih masa kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu kita tunaikan. Belajarlah cara kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.

9. Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan bersendirian
Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.” . Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.

Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda dipercayai atau hubungi sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya. Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.

10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk diam dan berkurung dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang menyayatkan jiwa hati, ini hanya menambahkan sebak di dada.
Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh, Insya Allah.

11. Aktiviti bersama alam
Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam. Anda juga menikmati ‘bird watching’, ‘nature walk’, berjalan di tepi pantai sambil mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga. Cuba gunakan keseluruhan deria untuk merasai kehadiran Allah SWT.

12. Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan anda, jangan mendera badan anda dengan tidur yang tidak mencukupi atau makan makanan yang tidak berkhasiat.

13. Jangan malu untuk ketawa
Bilakah kali terakhir anda memegang majalah Gila-Gila atau Gelihati? Anda boleh cubalah baca komik atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.

14. Menangis dengan sepuas hati
Jika anda jenis yang ‘tidak boleh’ gelak-ketawa sebab ‘terputus wayar’, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

15. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

16. Fokus kepada warna yang menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.

17. Cuba hidu aroma yang menenangkan
Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal dengan aroma menenangkan. Anda boleh cuba hangatkan pati aromaterapi lavender atau dapatkan saja bau -bauan yang di gemari.

18. Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.
Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

19. Hadkan pengambilan ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang kita ambil mampu menyumbangkan mood swing yang kurang baik seperti kemurungan dan emosi tidak terkawal. Jika ia tidak perlu, anda boleh cuba elakkan pengambilan ubat-ubatan sebegini seboleh mungkin. Simpan ubatan di tempat yang susah sukar dicapai sekiranya anda berniat untuk mengambilnya dalam dos yang berlebihan. Jangan mengambil pil tidur tanpa preskripsi doktor.

20. Katakan tidak pada alkohol dan dadah
Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda. Mengambil sesuatu yang mengkhayalkan tidak akan membantu untuk menghilangkan tekanan, sebaliknya akan membuatkan anda menjadi ketagih dengannya.

21. Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar
Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO berkaitan atau boleh juga melalui telefon seperti talian ‘Befrienders’ dan lain-lain. Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Monday, March 25, 2013

QuotesGraphy - 2013

Alhamdulilah..Akhirnya saya bergerak kembali dalam dunia photography ini. Yelah dah lama tak "menembak" tiba-tiba rasa rindu pula. Saya ingat lagi kalau dulu saya selalu pegi capture gambar solo2 tapi sekarang dah berteman (Terima Kasih,Mr.kool) ^^

Nie serba sedikit sharing QuotesGraphy untuk korang : - 





 And then..yang nie untuk suka-suka jer..hihihi.. -Me and him- :

 



Terima Kasih, Cinta...

Hari makin hari...kerja pun makin bertimbun..Yelah,walaupun masi dalam alam praktikal tpi kerja yang diberi memang banyak. (mengalahkan kerja menteri =P). Kadang-kadang kerja 8jam tak sedar pun dah berlalu.

"Ding Dong..Naa c rysha masi busy? jam brapa mau balik ni?" - Baru lah tersedar rupanya dha jam 5 ptg sekarang. (Thanks to mr.Kool for the mssge).


My Mr.Kool memang tak pernah lupa nak htr mesej tiap kali petang..Walau dia busy macamna pun..dia tetap akan mesej or call kalau saya balik lewat. (dah pernah uji dah) hihihihi ^^. He was so loving person and everything he do for me always make me feels like "Im so LUCKY". Im really deeply fall in love =)

Honestly,he is really a person that so sincere..Why i say this? Ahaaa..theres alot of thing i've done to convince myself of his sincerity. Bila jer saya sakit, dia akan sentiasa ada untuk saya tanpa rasa ragu-ragu. Dia tahu apa yang saya rasa and the most great thing is, he know how to handle a very STRUBBON girl like me =P The way he treat me betul-betul seperti orang yang matang. ( I really sure that he can take a good care of me in future ^^) 

He know that im sick. Yelah, saya yang ada sakit buah pinggang nie memang ada banyak masalah. Baru-baru nie, buat medical check-up tup2 dokter dapat kesan yang buah pinggang saya ada batu. So i need to have my medical treatment as soon as posible. But, i really2 strubbon until i make the decision dun want to have any of medical treatment. (Saya cuma nak live my life happily) huhuhuhu.

Apa yang buat saya tersentuh,dia tak pernah pun memaksa saya. Dia memang tak setuju dengan keputusan saya. But,he gotta plan B to solve this problem. He know that yang saya memang susah nak berubah fikiran kalau dah buat sesuatu kputusan. So,he say 

" Okey2, tak apa..c abg tau yang c rysha tidak suka dianggap sebagai org yang sakit. C abg tidak mau paksa2 c rysha suda..c rysha buat la apa yang terbaik untuk diri dia. hmmp? @.@  
- Cara dia cakap yang lembut dan penuh bermakna. Dia memang seorang yang respect dengan perempuan and that make me feel like guilty then make me think twice of my decision. 

"Kalau saya buat begini...apa juga kebaikan yang saya dapat? " - I said in my heart.

Honestly, saya dah berapa kali pengsan kat depan dia. Maybe he doesnt realize it. (Mungkin dia fikir saya tidur time tu) gara-gara saya tak dapat lawan sakit yang menusuk2 kat pinggang saya ni. Saya dalam keadaan yang sedar tak sedar. I can hear his voice but i cant bring my body up. (=,=) Everytime saya jadi macam tu, everytime juga lah dia jaga saya dengan sepenuh jiwa dia. Saya betul-betul dapat rasa kasih sayang dia. Even i do not need to see all what have he done at that time. =')

Last but not least, dia memang dah banyak berkorban untuk saya. He sacrifice his rest time,money, and even his attention all for me. Oh! and the sweetest part is, i can feel full of sincerity of that all. Sebelum nie, saya tak pernah rasa ada lelaki yang betul-betul ikhlas buat macam tu dengan saya. Apapun, i really thankful sebab saya dapat kenal dengan dia. Semua nie ketentuan dari Dia yang maha esa. Alhamdulilah~ Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah.. *(^____^)*






Friday, March 22, 2013

Wanita + 4 jenis lelaki = PERFECT!

       Actually, coretan kali ini saya nak share mengenai LELAKI. Yelah,kita pun kena juga tahu serba sedikit mengenai manusia yang berlainan jantina dengan kita kan.Tapi sebelum tu, wanita kena tahu apa yang dapat membuatkan kita bahagia disamping insan yang bernama LELAKI .

      Wanita seperti kita sebenarnya adalah "complicated". Yelah, kita perlu itu..perlu ini..pendek kata kita memerlukan banyak perkara untuk menyempurnakan kehendak kita dan kita mahukan lelaki(yang kita sayang) untuk meyempurnakannya. Saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa wanita memerlukan 4 jenis lelaki seperti ini barulah betul2 dapat memenuhi kehendak mereka. Siapakah 4jenis lelaki itu? Lets Check it now! =D 



  1. Lelaki yang BERUMUR
Lelaki seperti ini akan menghabiskan masanya hanya untuk kita. Totally for us! Dia akan duduk di rumah bersama kita, menghabiskan duitnya untuk keperluan kita, memberi sepenuh keselesaan dan juga perhatian kepada kita tanpa mengharapkan hubungkan "intim" yang sempurna dari kita (sebab diorang pun sedar yang diorang siapa..hehehe). 


     2.  Lelaki yang HODOH


Lelaki jenis ini akan menjadi "guardian" yang baik untuk kita - Apa sahaja yang kita perlu, dia confirm akan penuhi. Ini kerana mereka merasa gembira..Yelahh..mana tak happy kalo ada wanita yang cantik sanggup beri perhatian dan kasih sayang kat diorang. For them.." You pay me TIME, then i'll frees you up to do all the things you need TIME to do". Simple kan prinsip diorang? ^^ 


    3.  Lelaki yang GAGAH


Jika ada wanita yang mengaku yang dia tidak suka akan lelaki berotot dan gagah perkasa, maka, dia adalah pendusta! mustahil laa tidak ada wanita yang suka tengok lelaki yang berotot apatah lagi yang gagah perkasa (saiz tidak penting). Ini kerana lelaki jenis ini dapat memenuhi kehendak batin para wanita. Walaupun dia mempunyai otot2 yang besar, namun tidak semua mereka mempunyai "akal" yang besar. Maksudnya, mereka kurang cekap dalam komunikasi. Mereka tidak dapat menjadi tempat luahan masalah kita yang baik(not kind of a good listener) tapi bagi masalah batin, yaa mereka cukup sempurna =P


     4. Lelaki yang LEMBUT

Lelaki lembut merupakan lelaki yang hampir menyamai perwatakkannya seperti kita. Oleh itu, mereka adalah "geng" shopping yang cukup sempurna! Mereka hanya sukakan gossip, makeup2 dan sangat update dengan fesyen terkini. Mereka tidak mampu untuk terus "menghulur" seperti lelaki berumur, tidak suka jadi "hamba" seperti si Hodoh dan tidak berkemampuan untuk memberi kepuasan batin yang secukupnya kepada wanita. Maka, mereka hanya mampu memberi apa yang ketiga2 mereka tidak mampu beri iaitu menjadi pendengar yang baik bagi kita kerana lelaki jenis ini cukup cekap dalam mengawal emosi wanita. 


                                                                      **********
       Dengan adalah keempat2 jenis lelaki ini, wanita seperti kita pasti akan merasai kesempurnaan dalam hidup. Everything is just perfect! tapi, kalau hidup kita sentiasa sempurna..takde lah kita merasai pahit manisnya hidup bersama orang yang kita sayang..betul tak? kesimpulannya, kita kenalah terima siapa diri dia seadaanya. kalau hati kita ikhlas sayang kat dia, insyaAllah dia pun akan ikhlas sayangkan kita dan sentiasa akan buat yang terbaik untuk diri kita. Jangan pula terkejut kalau nanti dia buktikan yang mampu jadi keempat2 jenis lelaki tersebut =P 

===> Lelaki ; sentiasa akan buat kejutan demi orang yang tersayang..hiks ^_^ <3

#Special Thans to Mr.Steve Harvey for the nice sharing!

Tuesday, February 26, 2013

Bagaimana nak bezakan CINTA?

Twink2! Kali nie nak kongsi tips mengenai cara nak membezakan Cinta. Let we go ^^ :

1)Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA.Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

2)Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

3)Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

4)Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

5)Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

6)Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

7)Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

8)Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

**Tetapi Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

**Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

**Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

**Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

**Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.

**Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!


P/s : aku mencintai dirimu bukan siapanya DIRIMU, tapi siapa AKU bila bersamu! :’)

Friday, February 8, 2013

Istikarah Cintaku.....



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
 
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
 
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

~Mohd. Rozain Bin Jainudin~


Friday, February 1, 2013

Si Dia Yang Cool :)

Bismillahirrahmannirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sya ingin memulakan coretan sya buat kali pertama setelah sekian lama berdiam diri. Merindui tatkala masa menulis dulu =)

Sekarang dah mula musim Practikal kat KKTS,KK. Yelah nak jadi Engineer kenalah ada diploma yang lengkap. Hihi. Memang pada mulanya situasi sedikit agak kucar kacir..tapi hati kena kuat kalau nak terus bertahan.

Pertama kali menjejakkan kaki ke KKTS memang kena lalui pelbagai prosidur. Dari melapor diri sehingga la ke sesi suai kenal bersama staf2 syarikat. Permulaan perkenalan dengan si Dia sebenarnya agak singkat dan terlalu simple, tapi ada perasaan ingin tahu yang terlalu kuat kat diri dia. Sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata (Dupp..Dapp..Dupp..Dapp).

Dia terlalu senyap dan “cool”. Mungkin itu yang membuatkan hati ini ingin mengenalnya dengan lebih dekat =)