1. Nak ubah perangai buruk -
Everyone of course la ada perangai buruk masing-masing. Perangai buruk saya dari dulu sampai sekarang ialah M.A.L.A.S ! haa..ni la "penyakit" memang susah nak buang. Malas mengemas,malas buat asignment,and macam-macam lagi. Next Year kena ubah dah semua tu. Huhu. Kerja yang diberi pun tak leh nak tangguh-tangguh. Merana la jawabnya.
2. Serius dalam sesuatu -
Dalam hal yang satu ni memang saya tak nafikan bahawasanya saya ni memang jenis yang kuat main. Umur dah masuk 20 tahun tapi suka main-main macam bebudak umur 5 tahun. Kadang-kadang main tu memang perlu tapi kena tengok tempat dan keadaan. Dalam kerja,pelajaran mahupun percintaan. Kena matang dah fikiran tu.
3. SHAPE-kan body -
Yang ini memang azam turun temurunlah sebab setiap tahun pun berazam benda yang sama gak. "Nak kurusa lagi la tahun depan ! ". Haaa ni jer ayat saya tiap tahun,tapi tak gak kurus-kurus. Makin mengembang adalah. Haha Maklumlah kalau dah cuti semester ni confirm takdekerja lain asyik makan tido jer. Apa taknye mengembang ! =P
4. Nak menghabiskan masa untuk RP -
Semester sebelum ni saya perasan la jugak yang saya kurang sedikit bersama family kedua saya iaitu RP. Yelah kebanyakkan masa saya habiskan bersama family ketiga saya jer iaitu budak-budak kelasmate saya. Mungkin saya dah semakin rapat dengan bebudak kelas saya tulah kalau boleh taknak berenggang dah. Tapi saya dah berazam mulai semester depan saya nak rapat balik dengan RP dan luangkan masa seculupnya dengan diorang semua.
5. Nak dapatkan pointer 3.5 keatas -
Pointer sebelum ni bukannya tak ok tapi memang tiap kali bertukar semester baru saya memang impikan dapat pointer lebih tinggi. Kalau bole memang nak dapatkan 4flat. InsyaAllah. So untuk mendapatkan pointer yang saya impi-impikan tu saya kenalah berusaha lebih. Nak study group lebih dan ulangkaji lebih. Corak pembelajaran pun nak tukar dah semester baru nanti.
6. Love is Cinta -
Haa..part ni memang lah tak penting sangat pun kira extra bagi tahun yang mana umur saya melangkau ke 20. Saya nak dapatkan cinta seseorang. InsyaAllah,Dia akan temukan saya dengan seorang yang baik dan dapat menjaga serta menjadi imam yang baik kepada saya dan keluarga saya kelak :)
7. Allah yang satu -
Last but not least,saya juga nak mempertingkatkan amal dan ibadah saya tahun depan. Nak steady dalam memenuhi 5 waktu solat. Nak jaga lidah,jaga pergaulan,perbanyak mendengar dan baca ayat-ayat suci al-Quran serta banyakkan berzikir ^^. Semoga dipermudahkan Allah. Aminnn...
P/S : Biar apapun azam dan impian kita hari ini. Ianya pasti akan mengubah hidup kita akan datang. Azam yang dimulai dengan Bismillah,diiringi dengan doa dan diakhiri dengan Alhamdulilah adalah azam yang penuh berkat dan nikmat. Yang penting NAWAITU kita kena betul dan ikhlas kerana jika kita ikhlas dengan sesuatu,Allah pasti akan terima...InsyaAllah~~~