Bacalah dengan nama Tuhanmu..sejauh mana seseorang itu mengenali Allah..sejauh itu Allah mencintaimu

Wednesday, July 25, 2012

Hobi baru c icha ! Akhirnya....

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! :D Aihhh..lamanya dah tak update blog. Yelah dah masuk sem baru,mesti la sibuk nak kesana sini. Plus,Dah lama dah tak online :) Update kali ini nak story sikit pasal hobi baru yang me rasa first time laa dekat dekat dengan jiwa me iaitu "FOTOGRAFI".

Nak criter pasal fotografi nie,zaman sekarang dah memang bertimbun dah orang memiliki kamera DSLR nie. Mungkin disebabkan oleh harga-harga pasaran kamera DSLR nie dah berpatutan dan boleh dimiliki oleh sesiapa. Honestly, me belum pun memiliki kamera jenis DSLR nie.(pelik juga orang minat fotografi takde DSLR kan? :P) Tapi yelah, orang kata kalo kita minat akan sesuatu,takkan ada batasannya. 

Bermulanya kisah keminatan me dalam bidang ni sejak me ada 1 jenis software editing yang canggih tetapi mudah untuk digunakan ( bukan photoshop). Maaflah, nama software tu terpaksa me rahsiakan atas permintaan kawan me ( si pembekal software tu) yang me boleh share kat korang adalah asal sotware tu asalnya dari China. Memang best giler la software tu sebab fungsi2nya hampir menandingi Adobe Photoshop taw ! 

Lebih kurang setahun la me berjinak-jinak dengan software tu, me berjinak-jinak pula dengan kamera DSLR. Tapi,kamera tu bukanlah kamera milik me..Kamera tu milik kawan me. Syukur Alhamdulilah sebab me ada Family RP yang selalu rasa murah hati untuk meminjamkan kameranya kat me. Me rasa bertuah sekali ! Mulanya memang agak kekok untuk menggunakan kamera tu. Yelah,budak baru belajar manalah tau apa-apa kan. Yang me tau cuma halakan lens dan "klik". Haha ! :D Setakat nie Kamera yang pernah me guna ialah Kamera Nikon D3100,Canon EOS,Nikon D3000 dan Canon 1100D. Thanks to Mr.Asmar,Kak Des,Kak Pija Meaw dan Mr.Fazree for lending me their DSLR. Thanks so much !

Lama kelamaan,me pun mula selesa dengan Kamera DSLR ni. Kadang-kadang tu berniat dan berangan jugalah nak beli sebiji. Tapi, me kena fikir bukan ratus kali tapi berjuta-juta kali sebab nanti me takut me menyesal. Yelah,me kan masih belajar dan dalam Semester akhir dah. Nak pakai bajet banyak untuk Final projek me nanti. Me rasa mungkin belum tiba masanya me untuk beli kamera DSLR ni dulu. Keep the best behind~ :) Biarlah setakat nie me cuma megaplikaikan hobi dan bakat me dalam editing jer dulu.

Apapun,me tetap terus berminat dalam bidang fotografi ini. Banyak hikmah yang me dapat melalui bidang nie. Me dapat kenal ramai kawan baru,dapat kenal ramai model-model yang cantik dan hensome,dan yang paling penting me dapat banyak ilmu dalam bidang fotografi nie. Alhamdulilah~ <3

#1- Cik Nurul Suhanas
at Perpustakaan Shah Alam.

#2 - Cik Azizah.
(Editing versi Novel cinta)

#3 - Me and Vidline My Bestie.
at Pantai Tanjung Aru 1.

#4 - Cik Norhafizan @ Langga.
(Si Gadis Buku)

#5 - My Cat ; Grey.
(Kucing me yang suka fotoshoot)

#6 - En.Abdul Hayul & Syarin

#7 - Mr.Robinhood @ Zulfiqal.

#8 - My Deaf friend ; Thiam :)

#9 - adik angkat me ; John Alex
at Pulau Mamutik,Sabah.

#10- adik angkat me : Mohd.Azmi


#13 - My Beloved Sis - Cik. Rafizah
Model of the Year.

#14 - Family Rp yang disayangi.

#15 - Mohd. Nazirul

#16 - Sukardi Fahami.


*Sedikit sebanyak perkongsian hasil dari karya me*