Bacalah dengan nama Tuhanmu..sejauh mana seseorang itu mengenali Allah..sejauh itu Allah mencintaimu

Friday, February 1, 2013

Si Dia Yang Cool :)

Bismillahirrahmannirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sya ingin memulakan coretan sya buat kali pertama setelah sekian lama berdiam diri. Merindui tatkala masa menulis dulu =)

Sekarang dah mula musim Practikal kat KKTS,KK. Yelah nak jadi Engineer kenalah ada diploma yang lengkap. Hihi. Memang pada mulanya situasi sedikit agak kucar kacir..tapi hati kena kuat kalau nak terus bertahan.

Pertama kali menjejakkan kaki ke KKTS memang kena lalui pelbagai prosidur. Dari melapor diri sehingga la ke sesi suai kenal bersama staf2 syarikat. Permulaan perkenalan dengan si Dia sebenarnya agak singkat dan terlalu simple, tapi ada perasaan ingin tahu yang terlalu kuat kat diri dia. Sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata (Dupp..Dapp..Dupp..Dapp).

Dia terlalu senyap dan “cool”. Mungkin itu yang membuatkan hati ini ingin mengenalnya dengan lebih dekat =)

No comments: