Bacalah dengan nama Tuhanmu..sejauh mana seseorang itu mengenali Allah..sejauh itu Allah mencintaimu

Friday, March 22, 2013

Wanita + 4 jenis lelaki = PERFECT!

       Actually, coretan kali ini saya nak share mengenai LELAKI. Yelah,kita pun kena juga tahu serba sedikit mengenai manusia yang berlainan jantina dengan kita kan.Tapi sebelum tu, wanita kena tahu apa yang dapat membuatkan kita bahagia disamping insan yang bernama LELAKI .

      Wanita seperti kita sebenarnya adalah "complicated". Yelah, kita perlu itu..perlu ini..pendek kata kita memerlukan banyak perkara untuk menyempurnakan kehendak kita dan kita mahukan lelaki(yang kita sayang) untuk meyempurnakannya. Saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa wanita memerlukan 4 jenis lelaki seperti ini barulah betul2 dapat memenuhi kehendak mereka. Siapakah 4jenis lelaki itu? Lets Check it now! =D 



  1. Lelaki yang BERUMUR
Lelaki seperti ini akan menghabiskan masanya hanya untuk kita. Totally for us! Dia akan duduk di rumah bersama kita, menghabiskan duitnya untuk keperluan kita, memberi sepenuh keselesaan dan juga perhatian kepada kita tanpa mengharapkan hubungkan "intim" yang sempurna dari kita (sebab diorang pun sedar yang diorang siapa..hehehe). 


     2.  Lelaki yang HODOH


Lelaki jenis ini akan menjadi "guardian" yang baik untuk kita - Apa sahaja yang kita perlu, dia confirm akan penuhi. Ini kerana mereka merasa gembira..Yelahh..mana tak happy kalo ada wanita yang cantik sanggup beri perhatian dan kasih sayang kat diorang. For them.." You pay me TIME, then i'll frees you up to do all the things you need TIME to do". Simple kan prinsip diorang? ^^ 


    3.  Lelaki yang GAGAH


Jika ada wanita yang mengaku yang dia tidak suka akan lelaki berotot dan gagah perkasa, maka, dia adalah pendusta! mustahil laa tidak ada wanita yang suka tengok lelaki yang berotot apatah lagi yang gagah perkasa (saiz tidak penting). Ini kerana lelaki jenis ini dapat memenuhi kehendak batin para wanita. Walaupun dia mempunyai otot2 yang besar, namun tidak semua mereka mempunyai "akal" yang besar. Maksudnya, mereka kurang cekap dalam komunikasi. Mereka tidak dapat menjadi tempat luahan masalah kita yang baik(not kind of a good listener) tapi bagi masalah batin, yaa mereka cukup sempurna =P


     4. Lelaki yang LEMBUT

Lelaki lembut merupakan lelaki yang hampir menyamai perwatakkannya seperti kita. Oleh itu, mereka adalah "geng" shopping yang cukup sempurna! Mereka hanya sukakan gossip, makeup2 dan sangat update dengan fesyen terkini. Mereka tidak mampu untuk terus "menghulur" seperti lelaki berumur, tidak suka jadi "hamba" seperti si Hodoh dan tidak berkemampuan untuk memberi kepuasan batin yang secukupnya kepada wanita. Maka, mereka hanya mampu memberi apa yang ketiga2 mereka tidak mampu beri iaitu menjadi pendengar yang baik bagi kita kerana lelaki jenis ini cukup cekap dalam mengawal emosi wanita. 


                                                                      **********
       Dengan adalah keempat2 jenis lelaki ini, wanita seperti kita pasti akan merasai kesempurnaan dalam hidup. Everything is just perfect! tapi, kalau hidup kita sentiasa sempurna..takde lah kita merasai pahit manisnya hidup bersama orang yang kita sayang..betul tak? kesimpulannya, kita kenalah terima siapa diri dia seadaanya. kalau hati kita ikhlas sayang kat dia, insyaAllah dia pun akan ikhlas sayangkan kita dan sentiasa akan buat yang terbaik untuk diri kita. Jangan pula terkejut kalau nanti dia buktikan yang mampu jadi keempat2 jenis lelaki tersebut =P 

===> Lelaki ; sentiasa akan buat kejutan demi orang yang tersayang..hiks ^_^ <3

#Special Thans to Mr.Steve Harvey for the nice sharing!

No comments: