Bacalah dengan nama Tuhanmu..sejauh mana seseorang itu mengenali Allah..sejauh itu Allah mencintaimu

Tuesday, October 30, 2012

First Love ( A Little Thing Called Love)

Kali nie nak Share pasal 1 Filem yang superb best! Kali nie dha masuk 5 kali tengok movie nie..and the feels still same..tetap menyentuh hati dan perasaan. Kisah percintaan yang agak "complicated" sebab masing-masing memendam perasaan yang sama selama bertahun-tahun. 



Yang nie adalah NAM..seorang gadis sekolah yang biasa. Wajahnya tidak sebegitu rupawan dan tahap kecerdasanya juga..hmm..boleh la dikatakan teruk =P Dari segi pemakaian dan juga pengetahuanya mengenai fesyen adalah ketinggalan sama sekali. Tetapi, Nam mempunyai kawan yang sentiasa bersamanya tidak kira susah atau senang.

Nie la kawan2 Nam..Bestfren Forever :)

Nam meminati seorang lelaki yang merupakan seniornya di sekolah iaitu Shone. Dengan bantuan kawan-kawannya serta Buku yang dipercayai boleh membantu mereka, Nam semakin berubah kelihatan lebih cantik dan menawan. Namun, kini sasaran mereka telah salah. Bukan Shone yang jatuh cinta padanya. Tetapi kawan kepada Shone iaitu Top. Sehingga 1hari, Nam telah di"purpose" oleh Top untuk menjadikan Nam kekasih hatinya namun Nam masih belum memberikan apa-apa jawapan. Even,Top tetap menganggap bahawa mereka suda menjadi sepasang kekasih pada saat itu. Hari yang dinanti-nanti telah tiba, kini Nam dan pelajar-pelajar yang lain telah tamat sesi persekolahan mereka dan ketika itulah merupakan saat yang sesuai bagi Nam untuk meluahkan perasaan cinta yang dipendammya bertahun-tahun terhadap Shone. Nam telah meluahkan perasaannya tepat di tepi kolam renang dan ketika itu Shone bersendirian. Dalam keadaan suara yang tersekat-sekat, Nam berjaya meluahkan semua isi hatinya terhadap Shone. Langit tidak semestinya cerah, harapan Nam untuk dibalas cintanya punah begitu sahaja apabila dia ternampak ada tertulis " Pin Cinta Shone" di atas baju sekolah shone lalu menyangkakan Shone telah menjadi milik perempuan lain. Tanpa penjelasan apa-apa, Nam pergi meninggalkan Shone dengan perasaan yang hancur.


Top; Merupakan teman baik Shone sejak kecil 

Adegan yang sangat mengharukan

ketika ini Nam tinggalkan Shone tanpa sebarang penjelasan yang pasti

Hancur, punah serta kecewa...itulah dirasakan oleh Nam ketika dia dalam bersendirian. Namun,hakikatnya..perasaan itu juga dirasakan oleh Shone tanpa diketahui oleh sesiapa. Ya,memang benar..sebenarnya Shone juga telah lama memendam perasaan terhadap Nam. Dalam diam-diam, dia telah mencintai Nam sekian lamanya sehingga dia telah mengumpul gambar-gambar Nam dan meluahkan perasaannya di dalam sebuah diari. Dia begitu kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu ungkapkan perasaanya terhadap Nam. Semua ini dia lakukan kerna janji dan pengorbanannya kepada seseorang.

Shone dengan cintanya yang terpendam

Tidak pernah lepas untuk mengambil gambar Nam

" i also want have a piggyback for you"-  Shone

Masing-masing dengan perasaan cinta yang terpendam

Shone hanya inginkan yang terbaik untuk Nam.

P/s : Filem nie banyak memberikan pengajaran dan juga jalan ceritanya yang begitu dekat dengan cerita hidup saya. Sesiapa yang minat terhadap filem yang penuh dengan drama, cinta dan juga kehidupan.YOU BETTER OUT and WATCH IT! :D


Nie link bagi OST First Love . ENJOY! :D (http://youtu.be/91jRApNton0)


2 comments:

Unknown said...

wha~~ mo tengok lah!! huhu :D

Unknown said...

dah tengok.. best.. n sedih.. <3