Bacalah dengan nama Tuhanmu..sejauh mana seseorang itu mengenali Allah..sejauh itu Allah mencintaimu

Tuesday, February 26, 2013

Bagaimana nak bezakan CINTA?

Twink2! Kali nie nak kongsi tips mengenai cara nak membezakan Cinta. Let we go ^^ :

1)Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA.Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

2)Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

3)Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

4)Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

5)Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

6)Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

7)Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

8)Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

**Tetapi Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

**Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

**Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

**Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

**Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.

**Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!


P/s : aku mencintai dirimu bukan siapanya DIRIMU, tapi siapa AKU bila bersamu! :’)

Friday, February 8, 2013

Istikarah Cintaku.....



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
 
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
 
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

~Mohd. Rozain Bin Jainudin~


Friday, February 1, 2013

Si Dia Yang Cool :)

Bismillahirrahmannirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sya ingin memulakan coretan sya buat kali pertama setelah sekian lama berdiam diri. Merindui tatkala masa menulis dulu =)

Sekarang dah mula musim Practikal kat KKTS,KK. Yelah nak jadi Engineer kenalah ada diploma yang lengkap. Hihi. Memang pada mulanya situasi sedikit agak kucar kacir..tapi hati kena kuat kalau nak terus bertahan.

Pertama kali menjejakkan kaki ke KKTS memang kena lalui pelbagai prosidur. Dari melapor diri sehingga la ke sesi suai kenal bersama staf2 syarikat. Permulaan perkenalan dengan si Dia sebenarnya agak singkat dan terlalu simple, tapi ada perasaan ingin tahu yang terlalu kuat kat diri dia. Sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata (Dupp..Dapp..Dupp..Dapp).

Dia terlalu senyap dan “cool”. Mungkin itu yang membuatkan hati ini ingin mengenalnya dengan lebih dekat =)